Tuesday, 10 January 2012

ice cube yang sangat cool

Kepada yang tidak tahu, ice cube itu adalah ketulan ais yang digunakan untuk menyejukkan minuman terutamanya pada musim panas sekarang ni.. Biasanya ia berbentuk cube.. hohoho nama pon ice cube. Berikut adalah beberapa bentuk ice cube yang sangat cool dan tak sampai hati nak tengok dia cair..

1) Brain Freeze

brainfreeze648 Ice Cube yang Sangat Cool
this is your brain on ice
Sesuai dengan namanya, ia pasti akan membuatkan otak anda beku… dengan bentuk otaknya yang cool. sumber

2) Cold Blooded

coldblooded648 Ice Cube yang Sangat Cool
add some bite to your baverage
Mahukan sesuatu yang boleh menambahkan gigitan berbisa pada minuman anda? hahaha ayat yang sangat pelik tapi ice cube ini sangat cool terutama kalau letak dalam air sirap. sumber

3) Cool Beans

coolbeans648 Ice Cube yang Sangat Cool
coffee ice makes a cooler brew
Gemarkan kopi ais? Tapi tak suka kalau air tu jadi tawar sebab ais dia cair? Hohoho apa kata kalau buat ais dengan air kopi icon biggrin Ice Cube yang Sangat Cool . sumber

4) Ice Invaders

iceinvaders648 Ice Cube yang Sangat Cool
a close encounter of the frozen kind
Gemarkan makhluk asing? Apa kata jika anda membiarkan makhluk asing menjajah minuman anda dengan Ice Invaders hohoho. sumber

5) Fossiliced

fossiliced648 Ice Cube yang Sangat Cool
ice for any age
Jangan biarkan dinosaur purba kala mnakutkan anda, biar mereka menyejukkan minuman anda.sumber

6) Gin & Tionic

ginandtitonic648 Ice Cube yang Sangat Cool
sink one in your drink
Ice cube berbentuk kapal Titanic dan iceberg yang memang cool. Aku tak pasti apa itu gin, tapi rasanya macam nak kasik air tu jadi berkarbonat.. sumber

7) BoneChillers

bonechillers648 Ice Cube yang Sangat Cool
a chilling ice cube tray
ice cube ini pasti mampu menyejukkan minuman anda sampai ke tulang. sumber

icon cool Ice Cube yang Sangat Cool Citrus Sippers

citrussippers648b Ice Cube yang Sangat Cool
a refreshing straw and ice-cube combo
Kombo ice cube dengan straw yang cool pasti dapat menyejukkan minuman anda dengan penuh gaya hahaha. sumber

9) Ice Princess

iceprincess648 Ice Cube yang Sangat Cool
magic in your glass
Khas untuk sang puteri yang mewarnai kisah dongeng yang penuh mistik dan magik hohoho. sumber

10) Cool Jazz

cooljazz648 Ice Cube yang Sangat Cool
freeze, stir and chill
Sesuai untuk rockstar yang tak boleh berenggang dengan gitar mereka. sumber

11) Cool Jewels

cooljewels648 Ice Cube yang Sangat Cool
the dazzling diamond ice cube tray
Mahukan minuman anda kelihatan mewah? Sila gunakan ice cube yang berbentuk berlian ini. Dan tidak perlu risau kerana harganya tidak semahal iPhone di post sebelum ini

Saturday, 31 December 2011

happy new year ( wearing hijab )

Assalamualaikum semua . :) selamat tahun baru semoga semua ada azam yg bagos2 .. semoga azam anda tercpai ... atikah punya azam adalah untuk menutup aurat ... sembahyang pon mesti lah penuhkan apa function pakai tudung tapi x solat 5 waktu sehari semalam .. insayallah azam atikah untuk tahun 2011 ini akan termakbur dengan berkat doa anda semua ... atikah nak mempertingkat kan juga dari segi pelajaran .. semoga atikah akan lebih memberi tumpuan yg secukupnya .. al maklumlah tahun depapan dah jdi pmr candidates x boleh main2 lgi kena serius kalau nak berjaya .. untuk new year kali nie tak beberapa meriah sgt ... tapi alhamdulilah atikah sembahyang berjemaah bersama ngan papa , mama  and kak anja ... tidak semeriah sgt kerana atikah x gi tgk bunga api tgk kat luar punya jer .. sbb baby , kakak , abg ezul kat rumah dorg kat putrajaya jdi kitaorg x smbt sekali la jwbnya .... berlainan ngan abg ejal dia kerja wktu new year .. kak anja kerja esok kat ampang point kedai kasut .. tak lupa juga nak cerita thn dpn alhamdulilah atikah akan ganti tmpt kak anja jdi pengawas media plk hehehehhe

Thursday, 22 December 2011

khas untuk wanita yg hampir dirogol

Wanita di bandar raya New Delhi tidak lama lagi boleh mengatasi sesiapa yang cuba menyerang mereka dengan hanya menekan satu butang telefon untuk meminta tolong kepada pelbagai pihak, termasuk ahli keluarga dan polis.
wANITAApplikasi yang dinamakan ‘Fight back‘ phone application ini akan didownload melalui laman web http://www.whypoll.org/.
Butang yang ditekan itu berfungsi untuk menghidupkan penggera di laman sesawang sosial mangsa iaitu Facebook dan Twitter. Biasanya, mangsa ditarik ke dalam kereta dan dirogol beramai-ramai ketika kenderaan itu dipandu sebelum mangsa dicampakkan ke tepi jalan.
Data polis India menunjukkan, berlaku satu kes rogol bagi setiap 18 jam.Namun, melalui kemudahan Fight Back itu, wanita boleh menghantar mesej kecemasan berserta lokasi tepat kepada lima pihak, termasuk polis.Ia juga dipaparkan dalam Facebook dan Twitter.
Perkhidmatan itu akan dilancarkan bulan depan. Pengasas bersama Whypoll yang pencipta aplikasi itu, Hindol Sengupta, berkata keselamatan wanita menjadi isu besar di India.
Wanita dicabul dan diganggu di mana-mana saja dan mereka percaya aplikasi pertama di Asia ini membantu mereka menjadi lebih selamat. – HM
Aku rasa applikasi ini sesuai sangat digunakan di Malaysia kerana Malaysia pun dah banyak sangat kes rogol tak kira umur. Kalau alat ini berjaya di New Delhi, rasanya Malaysia patut cuba dan boleh dimasukkan pula dalam bajet 2013 nanti.

mandi dlm keadaan bahaya

Mandi Sambil Menempah Maut


05_waterfall.jpg (400×300)
06_waterfall.jpg (400×266)
01_waterfall.jpg (400×256)
02_waterfall.jpg (400×257)
03_waterfall.jpg (400×299)

pondan menjadi prmaugari


EMPAT mak nyah yang bertugas sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan PC Air ialah Chayathisa Nakmai (kiri), Dissanai Chitpraphachin (dua dari kiri), Nathatai Sukkaset dan Phuntakarn Sringern (kanan). - Reuters



BANGKOK - Empat mak nyah bertugas sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan PC Air bagi laluan Bangkok ke wilayah Surat Thani, Thailand.
Syarikat penerbangan itu pada mulanya hanya mahu menggaji lelaki dan wanita sebagai pramugari serta pramugari.
Namun, ia mengubah rancangan selepas menerima lebih 100 permohonan daripada golongan mak nyah.
Menurut syarikat penerbangan tersebut, kelayakan untuk menjadi pramugari itu adalah sama buat mak nyah iaitu memerlukan ciri-ciri kewanitaan dan mempunyai daya penarik.
Empat mak nyah itu ialah Chayathisa Nakmai, 24, Dissanai Chitpraphachin, 24, Nathatai Sukkaset, 26, dan Phuntakarn Sringern, 24. - Reuters
p/s: perghhh...yg second kiri cun btl, kalah aku ppuan original ni....hehe

WANITA TIDAK MENUTUP AURAT VS WANITA MENUTUP AURAT, MANA LEBIH BAIK?

WANITA TIDAK MENUTUP AURAT VS WANITA MENUTUP AURAT, MANA LEBIH BAIK?



Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam. “Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, ” tegasnya.
“Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat,” tambahnya lagi.
Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas.
“Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?” tanya saya lembut.
“Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.”
“Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?” jolok saya melayan pola logiknya berfikir.
“Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak.”
“Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?” kilas saya tiba-tiba.
“Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut…”
“Itu sahaja?”
“Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?”
“Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.”
“Mengapa?”
“Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia suatu yang objektif dan mutlak, ” akui saya terus-terang.
“Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!”
Saya cuba senyum lantas berkata, “akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Itu kan lebih tepat… ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas.”
“Jadi akal kita untuk apa?” desaknya lagi.
“Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana melaksanakannya dalam kehidupan.”
“Ertinya akal kita terikat?”
“Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat berpusing ini… tetapi tetap pada paksinya.”
“Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?”
“Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman.”
“Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?”
“Separuh betul,” jawab saya.
“Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia ‘tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al Quran.”
Anak muda di hadapan saya muram. Nampaknya dia belum berpuas hati.
“Tetapi dia jujur, amanah…”
“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.”
Anak muda di hadapan saya masih tidak puas hati. Perlahan-lahan saya tusuk dengan hujah yang memujuk,  ”namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.”
“Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?”
“Masih merujuk kepada Al Hadis.”
“Hadis yang mana?”
“Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.”
“Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?”
“Secara tidak langsung  itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita solehah.”
“Maksud ustaz?”
“Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.”
“Oh, begitu. Kenapa ya?”
“Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik,  lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.”
“Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?”
“Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.”
“Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar tuntutan fesyen dan trend?”
“Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak. Soal hati hak Allah…”
“Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…”
“Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.”
“Mengapa?”
“Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah.”
“Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.”
“Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang menutup aurat… secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot.”
“Siapa wanita yang paling baik?” tiba-tiba anak muda di hadapan saya bertanya sambil merenung muka saya. Serius dan tajam renungannya.
“Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w.” jawab saya pasti.
“Bagaimana pakaian mereka?”
“Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik. ”
Kali ini dia pula terdiam. Melihatnya begitu saya terus mengasak, “kalaulah hati yang baik sahaja jadi pernilaian Allah, tentulah isteri-isteri dan anak-anak perempuan Rasulullah tidak perlu menutup aurat. Hati mereka sudah baik. Namun tidak begitu, hati yang baik bukan alasan untuk mendedahkan aurat.”
“Wanita yang baik mesti menutup aurat?”
“Ya.”
“”Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?”
“Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat.”
“Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?”
“Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.”
“Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit.”
“Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!”
“Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?” Sekali lagi dia mengajukan soalan yang sama.
“Wallahua’lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka… yang lama kelamaan jika tidak diatasi akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat!”
Dia senyum. Alhamdulillah.
“Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang…”
“Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?”
Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh saya. Saya simpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya… insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!

tanda tanda kiamat

Tahukah anda bumi dah makin tua, tapi manusia masih hidup dalam kelalaian, maksiat berleluasa di muka bumi Allah ini. Ingatlah, kematian makin menghampiri kita. Kadang-kadang kita perlu tazkirah diri sendiri, dah cukupkah amalan kita untuk menghadapi penghitungan di padang masyhar kelak? Apakah tanda-tanda awal kiamat dan bersediakah kita? Jom kita berkongsi video berkaitan tanda-tanda awal kiamat.



Adalah menjadi tanggungjawab setiap orang islam untuk mengingat dan saling mengingati antara satu sama lain. Mudah-mudahan kita kembali ke pangkalan jalan, jalan yang diredhai olehNya.. Amin.